Alhamdulillah kini giliran pelakon Yatt pula melakukan penghijrahan dengan imej bertudung...
Memang sangat comel...saya suka tgk muka dia dengan imej baru ni...
Semoga akan lebih ramai lagi artis yg terbuka hati untuk berhijrah ke arah ini...Kita tunggu giliran siapa plk lepas ni ye..
Saya petik kata2 Yatt dari Mediahiburan online
"Alhamdulillah, sebenarnya sudah lama saya memasang niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Selepas pulang dari kelas usrah semalam, hati saya tergerak untuk mengerjakan solat sunat taubat.
"Ketika itu, saya dapat rasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah. Dapat saya membayangkan bagaimana seksaan di akhirat nanti. Bermula pagi tadi, saya terus mengenakan tudung sebelum keluar rumah."
Tambah Yatt lagi, perubahan yang dilakukan ini bukan kerana paksaan daripada suami atau orang sekeliling sebaliknya kerana Allah S.W.T.
"Suami adalah orang yang paling gembira bila saya beritahu keputusan saya ini. Sebelum ini dia pernah menyuruh saya untuk bertudung tetapi tidak sesekali memaksa saya untuk berubah ke arah itu.
"Doakan semoga perubahan saya ini mendapat keberkatan daripada-Nya dan biarlah saya kuat untuk menghadapi apa saja ujian terutama dalam industri ini," kongsi Yatt dengan nada sebak.
Kini Giliran Yatt pula bertudung...Masyaallah comelnya...!!





22 org bagi komen best..:
cantiknya yatt! :)
yatt mmg comel.pakai tudung lg bertambah cantik.syria plak.my peberet ok.hehe..
mmg comel! nampak suci je. ;)
alhamdulillah... bila lihat org yg tidak bertudung bertudung, rasanya lebih terserlah kecomelan mereka.. seperti ada sinar diwajah mereka. hanya Allah yg maha mengetahui
Serious comel yatt pakai tudung..alhamdulillah..
comel sangat2...
makin terserlah ayu dia..
wah canteknye die.alhamdulilah.mcm ni la baru nama nye Islam:)
alhamdulillah. berubah utk kebaikan. semoga dia kuat la hendaknya ye.
cantik..mmg suka tgk dia berlakon pakai tudung :)
fieda..memang comel..teringt masa dia berlakun yang drama ada ular emas tu..cantik je tengok dia bertudung masa tu
makin bertmbh comel yatt..
alhamdulillahhh
memang sgt2 comel ... akak punnn suke sgt2 ... dia dah sememangnyee comel kan .. semoga allah terus memberikan hidayah kepadanya dan akak ;) aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Alhamdulillah...bgus aa Yatt dh b'hijab.. mmg nmpk comel & lawa.. ^_^
klik2 nuff...
Alhamdulillah..harap-harap berterusan..suka bila tengok orang yang pakai tudung dan menjaga adab percakapan juga..
alhamdulillah.. suka tgk artis yg ramai dah bertudung ni.. muka berseri-seri je kan..
comel nya yatt bertudung...suka la nengok nya...
Alhamdulillah perubahan yg baik..
Mmg manis sekali Yatt bertudung ;)
alhamdulillah. cantik la dia bertudung.
jemput singgah ke blog sy http://afasz.blogspot.com
satu penghijrahan yang baik dan bagus...daripada x pakai tudung pakai tudung...bagus2...
ANA SUKA...kawan2 yg lain pn suka gak kan...
lawa..!! mg lps ni mkin raMAI LG YG PAKAI TUDUNG...
ALHAMDULILLAH....RAMAI BETUL TAHUN NIE ARTIS BERTUDUNG...YATT PAKAI TUDUNG CANTIK..ARTIS YANG TUA BELUM LAGI HIHIHI
dia memang cantik...ALHAMDULILLAH
Post a Comment